Mengenai Kami
Peneraju Transformasi Nelayan
KORPORASI KEMAJUAN PERIKANAN DAN NELAYAN SABAH (KO-NELAYAN) diterajui oleh Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus Besar, dengan dibantu empat (4) Penolong Pengurus Besar iaitu dari Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Pembangunan Nelayan, Pembangunan Industri Perikanan dan Perancangan dan Pembangunan Strategik. Ko-Nelayan mempunyai sembilan (9) Pejabat Wilayah di seluruh Sabah.
Sejarah Kami
1978–1988 · Era Penubuhan
1989–1997 · Pengukuhan Awal
2000–2009 · Pengembangan
2010–2017 · Pensijilan & Inovasi
2018–2023 · Kerjasama Global
- Datuk Haji Ghani Rashid dilantik sebagai Pengurus Besar Pertama Ko-Nelayan.
- Penubuhan Ko-Nelayan sebagai sebuah koperasi dengan nama Koperasi Serbaguna Nelayan Sabah Berhad (Ko-Nelayan) di bawah Ordinan Syarikat Kerjasama Negeri Sabah.
- Kompleks dan Pusat Penjualan Perikanan dirancangkan untuk membekalkan dan mengeluarkan minyak diesel bersubsidi kepada nelayan serta tempat pemprosesan dan penjualan hasil laut.
- Skim Bantuan Pinjaman dan Subsidi telah diperkenalkan kepada nelayan.
- Projek Skim Penempatan Nelayan Semporna dan Numbak diumumkan oleh mantan Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Panglima Haris Salleh.
- Kompleks Perikanan Jayadiri di Pulau Labuan telah beroperasi.
- Tan Sri Datuk Seri Panglima Haris Salleh mengarahkan Projek Kolam Air Payau Inanam (Inanam Brackish Water Project) diberikan kuasa kepada Ko-Nelayan untuk membangunkan Projek Kuala Inanam.
- Perusahaan ternakan ikan grouper, snapper, sea perch dan carangid dalam sangkar terapung (cage culture) di Kg. Serusup, Tuaran dan Mengkabong Estuary di Kg. Buangsa.
- Pecah tanah untuk Projek Kolam Air Payau Inanam (Inanam Brackish Water Project).
- Pusat Latihan Perikanan Labuan telah dilaksanakan di Layang-Layangan, Labuan.
- Pelaksanaan Skim Penempatan Nelayan Semporna di Kg. Nelayan Jaya.
- Nelayan Jayadiri Sdn. Bhd. atas kerjasama dengan Syarikat Kerjasama Perikanan Jayadiri (Labuan) Sdn. Bhd., ditubuhkan untuk membantu nelayan-nelayan bumiputera di Pulau Labuan dalam industri penangkapan udang.
- Pembinaan Kilang Angkasa Kudat telah bermula untuk memproses udang harimau bagi pasaran eksport dan import.
- Pusat Latihan Perikanan Labuan telah menerima 35 pelajar untuk kursus latihan nelayan moden serta pelantikan 4 pengajar dari luar negara untuk melatih pelajar.
- Proses pembinaan 6 Pusat Perikanan di daerah utama Sabah iaitu Papar, Sipitang, Semporna, Kuala Penyu, Kudat dan Lahad Datu.
- Angkasa Sabah Sdn. Bhd. telah diambil alih dari SEDCO menjadi anak syarikat Ko-Nelayan melalui pinjaman Asian Development Bank.
- Koperasi Serbaguna Nelayan Sabah Berhad telah dibubarkan dan ditukar menjadi badan berkanun iaitu KORPORASI KEMAJUAN PERIKANAN DAN NELAYAN SABAH (KO-NELAYAN) melalui Enakmen No. 4 oleh Dewan Undangan Negeri Sabah (20 April).
- Kumpulan pertama seramai 35 dari Pusat Latihan Perikanan Labuan telah tamat pengajian dan diberi sijil diploma.
- Nelayan Angkasa Sabah Sdn. Bhd. telah ditubuhkan untuk mengendalikan Ladang Ikan Tawar di Jalan Apas, Tawau dan dikendalikan oleh syarikat swasta.
- Pelaksanaan Skim Sewaan Bot Pukat Tunda.
- Pusat Perikanan di Kuala Penyu, Sipitang dan Papar telah siap sepenuhnya.
- Pengurus Besar Ke-5, Tuan Datu Jack Maiks dilantik bagi menggantikan Tuan Mahmod Haji Tahir.
- Bantuan Pembangunan Asas Perkampungan Nelayan (BPAPN) seperti jeti, jalan, janakuasa elektrik, pam air dan titian diberikan kepada perkampungan nelayan seluruh Sabah, di bawah peruntukan Kerajaan Negeri untuk membantu para nelayan.
- Skim Bantuan Pengusaha Akuakultur (SBPA) telah mendapat peruntukan RMKe-6. Bantuan yang diberikan adalah input barangan akuakultur dalam bentuk kredit dan kredit bersubsidi dengan caj perkhidmatan 3%.
- Datuk Yee Fong Chun dilantik sebagai Pengurus Besar Ke-2 bagi menggantikan Datuk Haji Ghani Rashid.
- Projek Pembenihan dan Penetasan Udang di Tanjung Lipat, Kota Kinabalu, beroperasi sepenuhnya dengan penambahan aktiviti penetasan ikan.
- Kompleks Perikanan Semporna beroperasi sepenuhnya dan diberi kuasa kepada SAFMA untuk mengendalikan operasi dengan kerjasama Semporna Fisheries Sdn. Bhd.
- Pengurus Besar Ke-3, Datuk Zaki Haji Gusmiah dilantik bagi menggantikan Datuk Yee Fong Chun.
- Pengurus Besar Ke-4, Tuan Mahmod Haji Tahir dilantik bagi menggantikan Datuk Zaki Haji Gusmiah.
- Skim Bantuan Nelayan (SBN) dan Skim Bantuan Pengusaha Akuakultur (SBPA) pada Rancangan Malaysia Kelima (RMKe-5).
- Projek Pemeliharaan Kerapu dalam Sangkar Terapung di Trayong bermula dengan mengajar nelayan untuk mengusahakan ikan.
- Projek Percubaan/Pengumpulan Green Mussel Culture dan Oyster Culture di Trayong dan Serusup, Tuaran.
- Projek Kolam Air Payau Inanam memulakan kelas latihan akuakultur kepada para nelayan.
- Lawatan ahli-ahli korporasi dan kakitangan Ko-Nelayan ke projek-projek perikanan dan akuakultur di Korea Selatan, Taiwan dan Hong Kong.
- Seminar Aquaculture Investment Opportunities in Sabah anjuran Ko-Nelayan di Hotel Hyatt Regency, Kota Kinabalu.
- Projek Ternakan Molluska di Kg. Serusup, Tuaran yang terdiri daripada siput sudu (Perna viridis) dan tiram (Crassostrea iredalei) diternak dalam sangkar terapung.
- Kementerian Pertanian dan Perikanan telah memberi kuasa sepenuhnya kepada Ko-Nelayan untuk menjalankan penyelenggaraan infrastruktur Skim Penempatan Nelayan di Kg. Numbak, Menggatal dengan peruntukan pembangunan daripada kerajaan.
- Skim Bantuan Pengusaha Akuakultur (SBPA) telah mendapat peruntukan RMKe-6. Bantuan diberikan adalah input barangan akuakultur dalam bentuk kredit dan kredit bersubsidi dengan caj perkhidmatan 3%.
- Bantuan Pembangunan Asas Perkampungan Nelayan (BPAPN) seperti jeti, jalan, janakuasa elektrik, pam air dan titian diberikan kepada perkampungan nelayan seluruh Sabah, di bawah peruntukan Kerajaan Negeri.
- Projek Industri Hiliran Perikanan mula beroperasi di Kompleks Perikanan Ko-Nelayan Kudat dengan menghasilkan sate ikan biji nangka dan keropok ikan.
- Daneel Aquaculture Sdn. Bhd. ditubuhkan dengan usaha sama pelabur dari Denmark untuk memelihara ikan belut di Kg. Lingkubang, Kota Belud.
- Hari Terbuka Ko-Nelayan bertemakan "Maju Bersama Nelayan" bertempat di Padang Karnival Likas, Jalan Yayasan Sabah, Teluk Likas.
- Projek percubaan di Kg. Lingkubang, Kota Belud untuk menternak ikan belut spesies Eropah, Anguilla anguilla, dengan menggunakan Flow Through System.
- Seminar on Aquaculture Issues in Sabah dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ko-Nelayan di Hotel Hyatt Regency, Kota Kinabalu.
- Pengurus Besar Ke-6, Tuan Syed Mohammad Abdillah dilantik bagi menggantikan Tuan Datu Jack Maiks.
- Pengurus Besar Ke-7, Datuk Sanin Datuk Haji Pandin dilantik bagi menggantikan Tuan Syed Mohammad Abdillah.
- Seminar on Marine Fisheries Resources of Sabah, dianjur bersama Ko-Nelayan dan UKM Kampus Sabah, dirasmikan oleh Tun Hj. Sakaran Dandai, mantan Ketua Menteri, di Hotel Hyatt Regency, Kota Kinabalu.
- Perjanjian Persefahaman Ko-Nelayan dengan JKKK dan Persatuan Nelayan Kg. Ambong bagi Projek Marikultur Bersepadu Mentimun Laut dan Abalone di Kg. Ambong, Kota Belud.
- Projek Marikultur Bersepadu Mentimun Laut dan Abalone dengan kerjasama Ko-Nelayan dan Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Sabah menjalani kajian ilmiah mengenai ternakan Holothuria scabra di Kg. Ambong, Kota Belud.
- Pengurus Besar Ke-8, Datuk Haji Ujang Haji Sulani dilantik bagi menggantikan Datuk Sanin Datuk Haji Pandin.
- Pembangunan Industri Kecil Perikanan (PIKP) diwujudkan. Bantuan ini adalah dalam bentuk peralatan pemprosesan untuk aktiviti industri hiliran perikanan dalam bentuk kredit dan kredit bersubsidi dengan caj perkhidmatan 3%.
- Majlis Pecah Tanah di Kg. Laya-Laya, Tuaran oleh mantan Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia bagi Projek Pembangunan Perluasan dan Pelbagaian Pengeluaran Benih.
- Pengurus Besar Ke-9, Tuan Talikop Lamsin dilantik bagi menggantikan Datuk Haji Ujang Haji Sulani.
- Kelab Ko-Nelayan Sabah telah didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan pada 16 September melalui Sijil Bil. 351.
- Pearl Farms Sdn. Bhd. dengan kerjasama syarikat antarabangsa ditubuhkan untuk projek menternak tiram mutiara di Pulau Bohey Dulang, Semporna.
- Kesatuan Kakitangan Ko-Nelayan (KESKONS) ditubuhkan.
- Pengurus Besar Ke-10, Datuk Awang Haji Samat dilantik bagi menggantikan Tuan Talikop Lamsin.
- Ko-Nelayan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan Malaysia untuk membekalkan diesel bersubsidi yang pertama kepada para nelayan Sabah.
- Kesatuan Kakitangan Ko-Nelayan (KESKONS) didaftarkan di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959 pada 23 Julai 2002 berserta sijil perakuan pendaftaran bernombor S87.
- Pengurus Besar Ke-11, Tuan Haji Salimi Maralim dilantik bagi menggantikan Datuk Awang Haji Samat.
- Kompleks Pengeluaran Benih dan Makanan Semula Jadi Akuatik Kg. Laya-Laya, Tuaran telah dipersijilkan MS ISO 9000.
- Pengurus Besar Ke-12, Datuk Dr. Mohd Fowzi Haji Razi dilantik bagi menggantikan Tuan Haji Salimi Maralim.
- Projek Promosi Produk Perikanan diwujudkan untuk mempromosikan benih perikanan seperti siakap, tilapia dan udang harimau serta penjualan hasil pengusaha hiliran Ko-Nelayan seperti keropok ikan dan lekor.
- Ko-Nelayan menjadi pengedar tunggal subsidi diesel kepada para nelayan di Sabah serta surat pembatalan kelulusan kepada jeti swasta untuk membekalkan diesel bersubsidi.
- Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Nelayan Sabah di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan. Bantuan diberikan dalam bentuk peralatan perikanan seperti bot, enjin sangkut, pukat, bubu, sangkar ikan dan lain-lain peralatan perikanan. Skim ini berbentuk kredit bersubsidi.
- Pengurus Besar Ke-13, Datuk Haji Masood Haji Salleh dilantik bagi menggantikan Datuk Dr. Mohd Fowzi Haji Razi.
- Lawatan Penerokaan Perniagaan ke General Santos, Filipina oleh Datuk Jasa Datuk Haji Raudah, Pengerusi Ko-Nelayan dan Datuk Haji Masood Haji Salleh serta pegawai-pegawai Ko-Nelayan bersama wakil MAFI dan BIMP-EAGA Business Council untuk meneroka peluang-peluang pelaburan dalam industri ikan tuna.
- Banci Nelayan Artisanal Sabah dilaksanakan oleh Ko-Nelayan dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah yang diketuai oleh Prof Madya Dr. Ismail Ali.
- FishMart Ko-Nelayan telah dibuka di Wisma Pertanian dan dirasmikan oleh mantan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Panglima Yahya Haji Hussin di mana hasil produk Ko-Nelayan dan hasil pengusaha Ko-Nelayan dipasarkan.
- Badan Kebajikan Kakitangan Islam Ko-Nelayan (BAKIK) telah didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966. Keahlian terbuka kepada semua kakitangan beragama Islam yang sedang berkhidmat dan telah bersara atau meninggalkan perkhidmatan dari Ko-Nelayan.
- Program Akhiri Zaman Miskin (1-AZAM). Bantuan ini adalah dalam bentuk peralatan perikanan dan modal pusingan. Program ini di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan berbentuk kredit bersubsidi.
- Projek Eko Akua Pelancongan Ko-Nelayan (WWP) dikunjungi oleh Tan Sri Datuk Musa Haji Aman dan Datuk Seri Panglima Yahya Hussin.
- Konel Venture Tour and Travel Sdn. Bhd. ditubuhkan sebagai anak syarikat baharu Ko-Nelayan untuk mengendalikan Weston Wetland Park yang terletak di Kg. Weston, Beaufort.
- Konvensyen dan Ekspo Usahawan Ko-Nelayan di pekarangan bangunan Kementerian Pertanian Sabah dirasmikan oleh Datuk Seri Panglima Yahya Hussin.
- Laporan Banci Nelayan Artisanal Sabah 2012 telah diserahkan secara rasmi oleh Pengarah, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, UMS, Prof. Dr. Felix Tongkul mewakili Naib Canselor UMS kepada Pengerusi Ko-Nelayan, Datuk Samsuddin Yahya di Wisma Pertanian.
- Majlis Pelancaran Pelaksanaan MS ISO 9001:2008.
- Ko-Nelayan telah dipersijilkan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 oleh LRQA.
- Pecah tanah Kompleks Perikanan Bersepadu Ko-Nelayan Kuala Penyu oleh Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin, projek di bawah penyeliaan SEDIA.
- Ko-Nelayan dan Triple Millenium Sdn. Bhd. bekerjasama meneroka Perikanan Laut Dalam.
- Ko-Nelayan dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah membangunkan prototaip bot memancing yang pertama untuk tujuan dua hala, menangkap ikan dan mengangkut penumpang di Sabah, menggunakan geran penyelidikan yang disediakan oleh Ko-Nelayan.
- Pengurus Besar Ke-14, Tuan Haji Ismail Haji Ayup dilantik bagi menggantikan Datuk Haji Masood Haji Salleh.
- Ko-Nelayan Aquaculture Training Centre (KATC) telah memulakan program perintis dalam pelaksanaan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dalam Bidang Akuakultur Marin.
- Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) telah dilantik sebagai peruncit diesel bersubsidi di seluruh Sabah.
- Pengeluaran benih ikan hiasan di Pusat Ikan Hiasan Koiduan, Papar telah dibangunkan untuk menghasilkan ikan Arowana serta ikan hiasan dan menyediakan pusat latihan untuk golongan sasar.
- Pengurus Besar Ke-15, Tuan Haji Jumaat Intang dilantik bagi menggantikan Tuan Haji Ismail Haji Ayup.
- Ko-Nelayan dan Ternak Unggul Sdn. Bhd. menandatangani Nota Persefahaman (MOU) untuk pembangunan Sistem Asuhan Benih Ikan atau dikenali sebagai Cheap & Efficient Nursery Tank System (CENTS).
- Karnival Hasil Perikanan Ko-Nelayan di Taman Mini Akuakultur (TMA) Ko-Nelayan di Kg. Laya-Laya, Tuaran.
- Warga Ko-Nelayan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama dengan wakil SPRM.
- Majlis Pelancaran Pensijilan Baharu MS ISO 9001:2015 di Wisma Pertanian Sabah.
- Letter of Intent (LOI) telah dimeterai dengan Guangxi Beihai Yuanlong Pearl Co. Ltd. dari China untuk penternakan mutiara berskala besar di Negeri Sabah.
- Pengurus Besar Ke-16, Tuan Haji Yusof Haji Ag Besar dilantik bagi menggantikan Tuan Haji Jumaat Intang.
- Ko-Nelayan bersama Beihai Yuan Long Pearl Co. Ltd. memperbaharui Letter of Intent (LOI) bagi mewujudkan projek ternakan mutiara berskala besar di Negeri Sabah.
- Majlis Menandatangani Kod Etika Korporat Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan).
- Nota Persefahaman (MoU) antara Ko-Nelayan dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) — 18 Ogos 2023, Hotel Promenade, Kota Kinabalu — melancarkan aplikasi e-SMART (Electronic Sabah Mobile Artisanal Remote Technology), aplikasi berasaskan teknologi satelit membantu nelayan pesisir Sabah kenal pasti lokasi tangkapan berpotensi tinggi serta maklumat cuaca, ketinggian ombak, jarak, keperluan bahan api, dan data pasang surut, sebagai sebahagian kerjasama strategik 5 tahun.
Peranan Kami
Fungsi utama Korporasi di bawah Seksyen 25 Enakmen Ko-Nelayan 1981
Pembangunan Projek
Mengusahakan projek-projek perikanan dan akuakultur dengan menekankan kemajuan masyarakat nelayan
Pekerjaan & Peluang Ekonomi
Mewujudkan pekerjaan dan peluang-peluang ekonomi yang mendatangkan hasil bagi masyarakat nelayan
Perniagaan Dalam Bidang Perikanan
Menubuhkan projek-projek perniagaan dalam bidang perikanan dengan sendiri atau secara usaha sama dengan lain-lain pihak berkuasa awam, syarikat awam atau swasta atau nelayan
Usaha Pemprosesan & Pemasaran
Mengusahakan pemprosesan dan pemasaran semua hasil perikanan termasuk import dan eksport
Perkhidmatan Pengangkutan dan Kemudahan Kredit
Mengusahakan perkhidmatan pengangkutan dan mengadakan kemudahan kredit bagi perusahaan perikanan
Agensi Pemasaran Hasil Perikanan
Menubuhkan suatu agensi pemasaran bagi mengusahakan pemasaran semua hasil perikanan termasuk import dan eksport
Menaja Rancangan Sosial
Menaja rancangan sosial seperti pemasaran, perkhidmatan kesihatan, perkembangan penduduk, kawalan alam sekitar, perumahan, pelajaran prasekolah dan dewasa yang lebih baik dan rancangan-rancangan sosial yang lain bagi masyarakat nelayan
Mencapai Maksud-Maksud Korporasi
Melakukan semua tindakan dan perkara yang lain sebagaimana yang perlu dan mustahak bagi mencapai maksud-maksud korporasi
Rasional Logo
Makna di sebalik reka bentuk lambang rasmi Ko-Nelayan
Rupa Bentuk Logo
Logo direka secara abstrak berkonsepkan pukat. Ia juga menggambarkan kesungguhan semangat bergotong-royong, kecekapan para nelayan dalam usaha mendapatkan hasil tangkapan yang menjadi sumber rezeki serta sumber makanan yang penting kepada manusia sejagat.
Aplikasi penggunaan ruang dan garisan yang diolah menjadi bulatan adalah simbol kepada globalisasi serta kemajuan.
Ikan melambangkan kekayaan khazanah laut di perairan Sabah sebagai sumber perikanan yang berpotensi besar.
Bulatan mutiara di tengah melambangkan keteguhan dan keutuhan.
Warna
Biru melambangkan profesionalisme kakitangan dalam menyempurnakan amanah yang dijalankan selain ia lambang kepada kesetiaan yang jitu dan semangat berpasukan bagi menjayakan misi dan visi organisasi.
Merah melambangkan semangat, aktif dan cekap serta kesungguhan organisasi dalam peningkatan kualiti perusahaan perikanan.
Nilai Logo
Gabungan rupa, bentuk dan warna memberi maksud visi dan misi organisasi untuk membudayakan nilai-nilai korporat yang unggul dalam organisasi untuk memangkinkan industri perikanan yang berorientasikan komersial dan berdaya saing secara global dengan menekankan penyertaan aktif komuniti nelayan.
Sumber: Laporan Tahunan Ko-Nelayan 2020